Friday, December 31, 2010

saat-saat indah 2010

2010 . banyak yang dapat aku pelajari sepanjang tahun tu . tahun tu jugalah aku mula berjinak-jinak dalam bidang photography . tahun tu jugalah aku first couple . tahun tu juga lah aku menduduki PMR . tahun tu jugalah aku mendapat 7A1B . tahun tu jugalah aku dapat menawan hati Nur Awatif <3 . dan tahun tu jugalah aku dapat berkenalan seorang insan bernama Muhammad Ashraf . seorang insan yang pada mula nya sombong dengan aku . kalau kita tak kenal insan ini . mesti orang akan mengatakan yang dia ni sombong . kerana perwatakan dia yang tidak pandang kiri-kanan . dan hanya senyum apabila melihat orang yang dia kenal . orang lebih mengenali ashraf sebagai AshT atau Ashie . bagi kawan-kawan rapat nya pula selesa memanggil nya acap . bagi keluarganya lebih selesa memanggil mat . begitu juga dengan aku . 'mat' . kerana dia sendiri sudah menganggap aku sebagai adiknya . begitu juga aku sudah menganggapnya sebagai abang . kami mula rapat sewaktu kami berjinak-jinak dalam bidang photography . aku juga mengenalnya dari bidang itu . dari situ , kami mula rapat . dan menubuhkan sebuah kumpulan photographer bersama 2 orang rakan yang lain , Kie Razid dan Zanie Azmi . group itu diberi nama 'SegiTiga' namun kumpulan itu tidak dapat bertahan lama . kerana Zanie Azmi telah membuat keputusan untuk bergerak solo . kami bertiga menubuhkan kumpulan photographer baru iaitu 'Attractions' . kami mula rapat dari situ . bergerak bersama . kemana sahaja . balik sekolah , lepak sama-sama . hari-hari . itu lah rutin harian kami . apabila hari minggu , 2 minggu sekali mereka akan datang kerumah saya dan bermalam di sini . setelah beberapa bulan . hubungan aku dan Kie mula renggang . lama-kelamaan Kie Razid mengambil keputusan untuk bergerak solo . tinggal lah kami berdua di bawah payung Attractions . dimana mat ada . aku pun ada . kerana kami seperti adik-beradik . dan segala pasal aku dia tau . dia juga lah yang menasihati aku tentang dunia percintaan . dari situ aku mula mengenal Nur Awatif . aku mula jatuh cinta kepada si gadis itu . bukan ku cinta pada paras rupa nya . tetapi pada hati yang dimiliki nya . hari demi hari aku dapat diterima olehnya . dan hari demi hari aku dapat diterima oleh keluarganya . bukan sahaja umi dan abah mengetahui kisah percintaan kita , malahan saudara maranya juga mengetahui . saat indah mula terukir . dan jika aku mempunyai masalah . dia lah tempat aku mengadu selain Ashraf . pada mulanya , Awatif cuba merahsiakan hubungan kita berdua untuk menjaga hati rakan-rakannya . dan akhirnya dia memberi tahu rakan nya kerana lebih menyayangi aku dari rakan-rakannya . bagi aku 2010 merupakan tahun paling bermakna kerana dapat mengenali Nur Awatif <3 dan juga Muhammad Ashraf .

No comments:

Post a Comment