Tuesday, May 10, 2011

imissyou

seriously , imissyou . itu je yang mampu aku cakap . 'kenapa awak senyap waktu dalam kereta ? ' . aku suka tengok kalian berdua . ' awak ada masalah ke ? ' . tak lah . aku tiada masalh  . kan aku dah , aku suka berfikir . berfikirkan itu kan indah . ' apa yang awak fikirkan ? ' . berapa lama hubungan kalian , apa yang terjadi selepas 8 tahun . and apa yang akan terjadi jika kau tak dapat tahan 8 tahun tu . sebenarnya banyak lagi soalan yang bermain dalam fikiran aku waktu dalam kereta . And , aku tak berani bercakap dengan kau lah . itu sebab aku senyap . aku pun tak tau kenapa . maybe , selama kita kenal . aku hanya bercakap mengenai writer . waktu aku bersama kau  , semuanya writer bersama . so , basicly aku tiada topik untuk berborak dengan kau . lainlah writer , kalian bercinta . masih banyak persoalan cinta yang harus dikemukakan . masih banyak isi yang perlu di cungkil dalam hati . and masih belum sempurna :) bila sudah tiba masanya , aku akan bercakap dengan kau okay . ' tapi sampai bila ? ' . bila persoalan dalm diri aku ni sudah terjawab . ' awak tak suka saya ? ' . wehh , aku suka kau lah . cuma masa belum masa sesuai untuk aku berborak dengan kau . siapa yang tak suka kan kau ? gadis yang ceria , matang , budak-budak , jujur , caring , penyayang , ikhlas berkawan , cantik , comel , gila , and style . apa kau itu tak cukup untuk lelaki ? wehh , aku rasa kau dah lebih dari cukup . kalau bf kau tinggalkan kau . aku rasa dia tu rugi . aku teringin nak berborak dengan kau . ' kenapa awak tak bercakap ? ' . sebab aku tak reti bercakap . dalam diam aku bising . dalam bising aku senyap . ' just cakap apa awak nak cakap ' haihh , susahlah bila aku nak bercakap dulu . aku tak terfikir untuk nak bercakap . kau yang cakap dulu okay ? memang susah untuk aku senyap . tapi bukan susah untuk tengok aku bercakap . so , kau bercakap lah dengan aku dulu . the other reason is , aku takut menganggu kalian . so , the best way is keep on silence :) kau ceriakan ? kau berckap dengan aku okay . nanti aku borak dengan kau okay ?

Friday, May 6, 2011

pertemuan dan perpisahan

Bila kau datang , Kau bawa persahabatan . Kau tunjuk kasih sayang . Aku beri penghormatan . Bila kau pulang , belum sempat aku ucap selamat tinggal . Kau pergi tanpa rela hatiku . Lama kelamaan , aku redha . Semua pertemuan dan perpisahan adalah adat biasa . Hilang dimata tapi dihati tidak lupa . Sentiasa mengingati pertama kali kita bertemu . Kau bawa aku bersama writer berjalan-jalan . Pada pandangan aku , kau suka sama writer . Ternyata , jangkaan aku betul . Pada masa yang sama , hatiku mula terdetik untuk mula rasa suka kepada kau . Separuh jalan , aku mula terfikir , apakah dia akan membalas cinta aku ? Untuk tidak mengharap . Aku tinggalkan cinta aku dan membawa harapan kita jadi kawan . Aku menjadi rapat dan sering berkomunikasi dalam telefon bimbit . Perasaan aku berkata " mengapakah si dia terlalu mengambil berat ? " , " tapi mengapakah dia sanggup menunggu writer ? " . Inilah hidup , bukan semua percintaan dibalas dengan kasih sayang . Kau masih dengan angan-angan . Aku masih dengan cita-cita . Aku redha , redha ,redha . :)

Thursday, May 5, 2011

fitrah manusia

kesalahan mengundang kebencian , namun , setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan . setiap manusia sepatutnya mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w , baginda memaafkan semua umatnya  setiap hari sebelum melelapkan mata . akhlak baginda merupakan akhlak yang terpuji . apakah kita tidak mahu mencontoi baginda ? kata baginda lagi , " aku telah tinggal 2 perkara , jika kamu berpegang pada kedua-duanya , kamu tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu kitabullah ( al-Quran ) dan sunnah nabiNya " . apakah kita masih meragui  kata-kata Rasulullah s.a.w ? baginda adalah manusia yang paling mulia . tidak perlulah meragui katanya . kesalahan antara manusia akan terhapus apabila kita memohon maaf pada orang yang kita melakukan kesalahan . sehubungan dengan itu , saya memohon maaf kepada semua jika saya ada melakukan kesalahan sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat . saya juga seorang manusia , tidak terlepas dari melakukan kesalahan :)

kesihatan perlu dijaga

" arghh , pening kepala ! " , " saya demam " . itulah rungutan kita apabila melakukan sesuatu perkara atau kerja sehingga melampaui batas . kerja kerja yang mengurangkan waktu tidur kita boleh mengakibatkan kita pening kepala dan demam . biarpun kerja kita banyak . cukupkanlah waktu rehat anda . sebagai seorang kawan , saya menasihati kepada kawan-kawan agar tidak memaksa diri untuk melakukan perkara yang maksimum sehingga dapat menjejaskan kesihatan . adat manusia , kita tidak dapat mengelakkan diri daripada pengakit . namun , kita boleh mencegah sebelum ia terlambat . inilah tugas kawan . saling nasihat-menasihati . tidak perlu kekasih . cuma sahabat yang diperlukan . namun , percintaan adalah fitrah manusia . kita tidak boleh mengelak dari jatuh cinta . sehubungan dengan itu , berkawanlah dengan ikhlas . bercintalah mengikut batas . berkawan biar beribu , berkasih biar satu ? kasih lah kepada Allah , Rasul , Agama , ibu , bapa , keluarga , kekasih yang di cari :) kekasih yang di cari seharusnya dapat membimbing kita ke jalan yang benar 

Tuesday, May 3, 2011

persahabatan + percintaan = ?

keikhlasan berkawan memerlukan kejujuran . namun kejujuran boleh menyakitkan . kerana itu , ramai di antara kawan kita di anggap hipokrit . sedangkan dia takut untuk berterus terang . dia takut hati kawannya terluka . itulah realiti . itulah manusia . takut untuk berterus terang kepada kebenaran . apa kah itu terjadi pada cinta ? buankah cinta itu indah ? tapi kenapa kita takut untuk menyatakan kata cinta kepada orang yang dicintai . " seriously , saya cinta awak " . ouh , mungkin kita takut hasrat kita ditolak oleh orang yang dicintai ? " niat saya kenal awak hanyalah untuk berkawan " . bukankah dari kawan terdetiknya perasaan cinta ? atau si dia takut kehilangan seorang kawan apabila telah putus cinta ? tetapi , jika kita berkawan , si dia langsung tidak mengambil peduli akan perassan kita . " dengan orang yang saya sayang , saya tak mudah tacink " . bukankah ayat itu telah menunjukkan kita tersentuh ? dalam dunia bukan semuanya tersurat . cari lah yang tersirat . jagalah perasaan kawan sebagai seorang kawan . jika kita mengejar seseorang , bukan semua yang kita dapat . terimalah hakikat .cubalah mencitai orang yang cintakan anda , kebahagiaan ada di mana-mana . first lesson , niat :) . ingat . apa yang kamu cari , hati atau rupa ? hati ? hati terletak pada semua orang . tidak dikira pada paras rupa . tetapi kalau rupa ? bukan semua ada . dan bukan semua hatinya baik . :)

hari hari ku

hari berganti hari . masa berjalan tanpa henti . semakin hari , aku temani oleh kerinduan dan kesepian . kalau dulu , petang-petang ada je orang nak datang jenguk aku . sekarang ? kalau dulu ,ash selalu call aku "yan , lepak jom" . sekarang ? kalau dulu , kau datang jumpa aku . sekarang ? kalau dulu , kau text aku pagi-pagi . sekarang ? bila nak macam dulu ni ? aku teringin nak macam dulu . bila aku tanya kau , kau jawab " pejam mata , kita akan macam dulu balik " . tak sama lah wehh . itu cuma mengingati kisah lalu . aku nak kita macam dulu . petang-petang lepak . kau ada masalah cari aku , aku ada masalah cari kau . hurmmmmm

Monday, May 2, 2011

itu kamu

first time saya kenal dia , dia kelihatan anggun :) . iras iras yuna . gadis asalnya dari sabah . dilahirkan pada 12 september 1989 . gadis ini diberi nama renie ellyana . gemar dipanggil elly . tapi , ini saya . yuna diberi nama gelaran :) . firsttime saya keluar dgn dia . saya senyap je :) kami tak banyak bercakap . sejak dari haritu . saya banyak berbual dgn dia dalam fon je . dari situ kami jadi lebih rapat . byk masalah dia , selalu cerita kat saya . dari situ dia banyak mengambil berat pasal saya . selalu mencarut . itu yang best . style :D . tapi gadis ini tiada naluri hiphop . tapi tak mengapa . tetap saya suka . makin hari makin sayang . she's my sista :) . banyak gelak . itu yang pasti . dalam dalam rockers nya dia ni . masih menyerlah keperempuanan dia . " bercinta lah dengan sesiapa , janji perempuan " . tapi dengan gadis ini . saya tak bercinta . dia kawan saya punya :) apa yang saya suka pasal dia ? caring . itu pasti . hati nya kuat . sentiasa penuh dgn motivasi diri . friendly . tak memilih kawan . sebab itu dia kawan dengan saya . gila . kegilaan dia itu cute . comel . kecomelan dia menyerlah . 
kenapa dia ? takdir Maha Esa . selepas ash , dia lah saya cari . biar pun singkat pengenalan kita . tapi dia banyak mengajar saya .
inilah dia . the one and only . <3
fuhh :)

Sunday, May 1, 2011

bunga

my first expressions about you is " eh , yuna !! " . second " sombong lah minah ni " . tapi bile saya kenal awak . " inilah renie ellyana " :) . saya tak berkesempatan untuk kenal awak dekat sekolah . tapi diluar . kite dah lebih dari kawan . awak kakak saya :) memang tak lama saya kenal awak . tapi kependekan jangka masa untuk mengenal awak , itu membuatkan ia lagi indah . diri awak penuh dengan perkataan mencarut , awak gila , awak sweet . saya boleh bagitau awak apa saja saya nak bagitau . sebab awak sanggup dengar . lepas ni awak dah takde . saya pegang janji awak . " kau pergi " :( . tapi sentiasa di hati :) . lepas ni , takde lah bertiga. tinggal saya berdua . 12 september . saya nak awak ada kat sini pada tarikh tu . 29 jun , itu pun sama . 4 september , lagi lah awak kena datang . kita dah mcm kenal lama . tapi bila fikir balik . mcm semalam je hari yang kita kenal tu . kenapa mesti awak pergi . biar awak lupa saya . tapi ingat lah kenangan semasa awak dengan kita okay :) . pagi-pagi , awak yang saya call " bangun bangun bangun " . afternoon , awak yang saya text . petang , dengan awak yang saya gelak . malam , awak yang teman saya tidur . semua awak . kalau ash tiada , awak penggantinya . tapi hidup saya terlalu indah sebab ada kalian berdua . :) wehh yuna , seriously , aku sayang kau . bukan kata-kata . aku berkata bukan guna otak . aku berkata apa yang hati aku kata . kau ingat sampai mati . aku sayang kau <3 okay :)