Saturday, April 13, 2013

Jika Kau Pergi

Buka mata, tidak merasa belaian,
hidupku ditinggalkan tanpa ada pegangan,
dia pergi, sewaktu berangka 2,
masih tidak kenal apa itu nama dunia.

namun, hidup tersusun rapi.

punya orang tua tabahnya hanya dihati,
hero, wira, aku harap hingga kini,
tidak, kini hidup aku bersendiri

sedarku, cuma berdiri dipersimpangan,

kerah itu ini asal aku dapat makan.
usia ku muda, ku kerah dua ganda,
agar dapat buka mata untuk hari selebihnya.

aku menadah tangan meminta belas kasihan,

Dia mendengar ku ku diberikan rakan,
AshT, sahabatku seperjuangan
dia yang benar mengerti apa yang ku rasakan.

breath


dialah disisi, waktu ku melangkah pergi,

kerna tidak sanggup melihat apa yang terjadi,
benar, memang ini salahku,
tapi hasrat ini sudah terlalu lama terbuku

terima kasih, walau hanya sementara,

aku harap persahabatan kekal selamanya,
aku mengerti, jika kamu tiada masa,
kamu juga perlu masa untuk terus bernyawa.

AshT, kini ku terhutang budi,

harapan ku satu rangkap kau ingat sampai mati,
jangan pernah kau lupa, cuma aku adik mu,
moga aku kekal walau kau sudah ada yang baru

brah brah, jujur aku gembira,

dialah disampingmu hati kau sudah berpunya,
ketawa menangis kita dah lalui bersama,
moga aku jumpa apa yang kita berdoa

breath


kau tahu siapakah diri kamu,

tak perlu ku sebut cuma kamu yang satu,
semua berlalu harap ku tidak kamu,
moga Tuhan mendengar ini permintaan ku,

tiada family, harapku kamu disisi,

kau tahu kisahku harap kau memahami,
tidak ku paksa jangan pula engkau terpaksa,
namun ini luahan harap engkau mendengar.

bidadari, siapa aku tanpa kamu disisi,

dimana aku jika kamu tidak dihati,
bagaimana hidupku jika tidak kau temani,
apakah aku jika kau melangkah pergi

Saturday, March 9, 2013

19/09/2009

19/09/2009. indahkan ? itu lah tarikh pertama kita berkenalan :) 4tahun sudah berlalu, kau masih bersama aku. teringat waktu dulu, kau sanggup pergi bilik belakang, hanya untuk on the phone dengan aku. walaupun panas, nyamuk banyak. tapi kau seronok berbual dengan aku. makin lama berkenalan, setiap malam, suara aku jadi peneman. nyanyian aku jadi buaian. lagu "selamat malam" jadi pilihan. pasti kau ingat "Malique, Miqael, dan Adrianna" kan ? itu nama yang kita pilih. tiba suatu saat, kita terpaksa berpisah. kita cuba utk berpisah, gagal pada percubaan pertama. aku masih perlukan kau, kau dalam tanggungan aku. kita masih macam biasa. sehingga takdir menentukan, kau tabahkan hati. terus meninggalkan aku. walaupun kau separuh gila untuk meninggalkan hubungan kita. 1 tahun berlalu, kita mula macam biasa, kawan biasa, borak biasa. semua dalam keadaan biasa. tiada perasaan antara kita. umpama biskut, kejap ada, kejap tak ada :) namun kita masih dalam hubungan seperti biasa. 

2013- kini, kau pilihan ku, walaupun kau sudah berpunya. "menangis darah untuk tinggalkan dia". 15month with him. yeah, i know that. aku bukan perampas, malah aku sendiri tidak setuju untuk kau tinggalkan dia. aku manusia hina, sewaktu kau melepaskan genggaman tangan, aku tidak sambut. malah aku terus biarkan kau. kini aku kembali, berdiri disisi untuk meminta maaf, atas apa yang aku lakukan. untuk menegakkan persoalan kau, "aku berbaloi untuk kamu" :) aku tidak mahukan "break up" sebagai perpisahan. aku tidak mahukan "couple" sebagai ikatan. aku inginkan, "perkahwinan" sebagai ikatan dan "kematian" sebagai perpisahan. 

aku selitkan sebuah lagu didalam minda mu. hayatilah. :)

Sunday, January 13, 2013

Berubah

13/1/2013

Maaf. Aku rindu kau. Aku ingin seperti dulu. kereta lama. duduk bersama, 
Tapi, kita dah tak macam dulu. dulu, dua sahabat. satu persahabatan.kini 3 kawan, persahabatan, satu diutamakan. aku terima, cuma kadangkala. aku terasa

Monday, March 19, 2012

dalam diari aku , ada diri kau

wardupp ! 
                                 waktu BOTB , kita ada usha seorang awek . tuptaptuptap , kita dah berkenalan gadis itu . Dan aku berkenalan dengan dia melalui kau . obviously , kau jadi perhatian :) tapi malangnya , kau dah berpunya . setiap pergerakan kau dengan dia terbatas . dia fikir kau ada gf , dan sometimes kau terfikir dia lebih berusia dari kau . bro . betul apa yang dia cakap "umur cuma angka" . put that in your mind . bukan aku tak sokong kau bersama gf kau sekarang . tapi aku taknak benda lama ulang balik . kau punya prinsip sekarang tak boleh pakai lagi . kalau kau nak cari awek yang matang tapi umur muda dari kau . kalau ada 10 orang perempuan , cuma 2 orang sahaja yang bersifat matang pada usia muda . susah nak cari . apa yang aku lihat pada kalian berdua , kalian secocok . kalian tak kekok untuk berbicara , dia pun rasa selesa dengan kau . aku tak payah tanya , sebab aku dah tahu . memang betul dia cakap . kau ni annoying . kau ni kids . tapi untuk pengetahuan kau , biar lah dia cakap kau kids ke annoying ke , tapi dia suka lepak dengan KAU , dia selesa dengan kau . obviously , dia lebih suka lepak dengan KIDS . sebab lagi FUN . relationship paling best adalah apabila kamu boleh bersifat bestfriend and kalian boleh bercinta . biarlah kau pilih gadis kau sekarang , tapi aku taknak tengok kau pressure . think wise , think twice . aku cakap sebab aku sayang :) 

*takperlu nak bagitahu aku bila kau dah baca . 

Sunday, January 22, 2012

rindu

sumpah aku terindu kau . sorry :\ aku tahu kau sudah memiliki sekarang . aku cuba jauhkan diri dari kau

Thursday, January 12, 2012

satu senyuman , satu ucapan

hanya satu senyuman yang aku harapkan , kau beri dua . satu senyuman , satu ucapan . biarpun aku tidak mendengari ucapan tersebut , namun aku tahu . mimik mulut mu , kau mengucapkan terima kasih . jauh dari sudut hati kau , aku tahu . kau menghargai apa yang aku berikan , cuma tidak meluahkan . cukuplah senyuman mu itu . aku dapat membaca seribu satu maksud yang ingin kau luahkan . tersentuh hati aku , apabila kau mengucapkan sebegitu , kerana tidak aku sangkakan . D , kau lah yang terbaik . tak pernah aku buat kau jatuh cinta , dan tak akan aku buat . kerana , kehilangan kau adalah kerugian terbesar dalam hidupku :)


fuhh , jiwang siot :D

Saturday, January 7, 2012

jasa facebook

02 bulan 07 kita berkenalan . kita mula macam apa je . u layan , then tak layan . lama-lama u jadi friendly . dah pandai gelak-gelak . satu demi satu , i mula berani untuk kongsi masalah dgn u . ternyata , u memang seorang pendengar yang baik . rahsia i ada dengan u je . dan cuma melalui facebook . i pernah bagitahu yang i suka u kan ? dan ia melalui facebook juga . and i akan tunggu u selagi i mampu . u jangan rasa bersalah . teruskan hidup seperti biasa :) bila u tak online , i jadi bosan je online . tak tahu nak buat apa . lepas check nama u , troll wall orang . then check balik . itu je lah rutin kalau u tak online . banyak jasa facebook pada hubungan kita . cuma satu je yang boleh memisahkan kita . kalau u deactivate facebook . and now , u dah lakukan :| dah tak tahu nak cakap apa

Tuesday, December 27, 2011

unik

keunikan hubungan kita .

hanya contact through Instant Message .
hanya meluahkan perasaan pada status .
amat jarang sekali untuk lihat i post dekat fb u .
amat jarang sekali untuk lihat u like my status .
walau kami hanya contact di facebook , u tetap tahu apa perasaan i terhadap u <3

Monday, December 26, 2011

2 elemen hidup ku

Ashie Lowfer


D <3

Dua elemen hidupku . Ashie abangku . D hanyalah seorang gadis .


Dimulakan dengan elemen pertama .
Ashie . seorang jejaka tampan yang dilahirkan pada 4 september 1994 . sudah dimiliki dan memiliki . semenjak kau bekerja . sumpah aku sunyi . my soulmate . teman seperjuangan . lelaki pertama yang menawan hati aku . nothing much to say , sebab kau sendiri tahu apa aku rasa . one word , brother :)


Disudahi dengan elemen kedua .
D <3 . seorang gadis comel yang dilahirkan pada 27 mei 1996 . masih belum dimiliki tapi sudah memiliki . 02 bulan 7 kita berkenalan . pengganti Ashie . gadis yang aku minat . namun aku masih belum kenal siapakah itu D . gadis keempat yang menawan hati aku . sesuai dengan namanya D . huruf keempat :) . tak perlu berkata panjang . cuma perlu cakap . gadis istimewa :)


you and you . 

Sunday, December 25, 2011

berbaloi

25 december 2011

hey yaww , have fun huh tadi ? waktu i balik kelas tadi . i banyak fikir pasal u . sebab semalam i lepak uptown . member i , dia mengkaji horoscope , so i banyak terfikir pasal u . i ada tanya pasal u dekat dia . but tak nak bagitahu XD . and serious shit , i rasa u akan online lewat malam . and YESS , i berbaloi . walaupun i dah nak tidur . but still i mampu untuk suruh u baca post i ni . sebab i nak wish u . GOODNIGHT :) eh D , jaga diri k . kurangkan sikit keluar malam itu . i bukan melarang , tapi just kurangkan . kalau selalu buat , nanti lama-lama bosan pula kan . so , kurangkan . nanti lambat sikit bosan XD . i just nak wish u goodnight je :) . i tahu i ni stranger , but kalau nak cakap missyou tak mengapakan :) . so missyou D . takecare

D

Wednesday, December 21, 2011

kisahku , diari hidup kamu

pernah tak kau terfikir walau sesaat , apa perasaan aku terhadap kau ? pernah ? aku rasa tak pernah kot . tapi bagi aku , setiap saat aku selalu terfikir tentang kau . aku setiap hari tunggu kau online . biar aku dapat chat sekejap . janji aku nak kau tahu everyday aku rindu kau . kau takkan tahu perasaan aku . sebab kau dah tak baca blog aku :) kau dah tak tahu apa perasaan aku .

<3

Monday, December 19, 2011

tentang dhia

tak pernah aku biasakan dengan panggilan namamu ,
sebab itu nama panggilan rakan-rakanmu .
tak pernah aku jumpa kamu ,
tapi aku tahu siapa dirimu .
tak pernah aku dapat number phone kamu ,
tapi kamu masih orang pertama yang yang mendapat khabar .
tak pernah kau terfikir apa perasaan aku terhadap kamu ?
aku sentiasa memikir apa kau rasa terhadap ku .

pernah kau merasa apa yang aku rasa ?
tak mungkin kerna kau tidak tahu apa yang aku rasa .
Pernah kau terfikir tentang diriku walaupun seketika ?
tak mungkin kerna aku bukan buaian fikiran mu .
pernah kau terfikir apa yang akan aku lakukan hanya untuk memenangi hatimu ?
tak mungkin kerna kamu tidak pernah memandang aku dengan ketulusan hatimu

dan kamu , itulah hatiku <3

Saturday, November 19, 2011

baby

baby pun jadi issue ? i faham bila u cakap tak suka . tapi kalau kawan masuk campur , cakap macam-macam . sumpah tak suka , berfucking-fucking lagi tu . cakap elok-elok . i ni manusia , ada akal . boleh faham lah kalau cakap elok-elok . u cakap u tak suka , ada i marah ? tiada pun wehh . i tak marah pun kat dia . maybe niat dia baik , i faham tugas sebagai kawan . tapi bahasa menunjukkan budaya . i nak update status ke , nak post blog ke . itu hak i . i tak nak terus terang ke , itu peribadi . tapi kalau kawan tegur , mencarut-carut boleh pula . susah lah , kalau gaduh dengan dia , effect dekat u . so S , minta maaf kalau terkasar bahasa sampai u nak mencarut-carut k :) kalau u cakap "ian , kalau boleh jangan panggil dia baby tau , dia tak suka , nanti orang anggap lain pula" . kan okay sikit tu . sayang kamu berdua :)

ini untuk kau :)

i minta maaf sebab menyakitkan hati . awak hanya mampu mengeluhkan ? dia lagi kenal u , dia lagi sayang u , dia cousin u . i cuma kawan yang membazirkan masa u , i cuma kawan yang suka berangan . tak bergunakan i ni :) bila dia cakap macam tu . nak tau rasa apa ? u pergi cari lelaki , and flirting dengan dia , and suruh kawan dia tegur u . u rasa sendiri k . kalau i bagitahu , u akan cakap i ni buat kesian lah apa lah . haha . tak akan . tapi i nak bagi tahu tau . memang sedih :) maybe tak setaraf dengan u kot :) SO I MINTA MAAF . post ni tak menyakitkan hatikan ? :) LOVE itu sayang , bukan cinta tau

Friday, November 11, 2011

D

I love you

Love song

Mula tukar arah dari dua tinggal satu ,
Macam tukar lagu kini hiphop yang satu ,
Kita mula kenal macam cinta muka buku ,
Tapi bukan main gitar buat muka kaku ,

02 bulan 7 kita berkenalan ,
Kalau ayat perempuan mesti penuh soalan ,
Siapa nama? Tinggal mana? Soalan makanan ,
Lepas tegur buat lawak tambah pujian ,

Mula panggil nama kini nama ganti diri ,
Dulu nama D nak manja tukar baby ,
Tukar satu-satu kini tinggal tukar hati ,
Bak kata orang india "cinta sudah mari" ,

Cuma engkau disisi kalau tidak ibubapa ,
Engkaulah yang pertama selepas keluarga ,
Jangan risau janji aku tiada dua tiga ,
Kini engkau selesa dalam syurga dunia ,

Ada dua fakta itu kena ambil tahu ,
Hari-hari aku sayang ku tak pernah tipu ,
Tak jumpa sehari memang aku akan rindu ,
Terimalah rap ku ini hanya untuk kamu .

Saturday, October 29, 2011

D

Kenapa lama tak online ? Serious saya rindu awak . Last awak online 16 oct 2011 . Hari-hari saya tunggu awak . Saya tunggu awak sebab nak berborak dengan awak . Kenapa saya tak call ? Saya mana ada number phone awak . Every single day saya tunggu awak , bila saya online je , mesti cari nama awak dulu , kalau awak tak online , saya mesti check inbox saya . Tapi langsung tiada :-( awak-awak , saya bukan bergurau ni , tapi saya rindu sangat dengan awak , awak maybe tak tahu , sebab saya tak bagi tahu awak . Tapi bila awak baca blog saya , awak tahu lah apa perasaan saya sekarang . Awak pergi bercuti eh ? Kenapa lama sangat ? Awak dah lama tak online lahh . Online lah sekejap , just nak bagi tahu awak yang SAYA RINDU SANGAT DEKAT AWAK . Yess , post ni memang untuk awak , saya nak semua orang tahu yang saya rindu dekat awak . Kalau dah baca post ni , awak inbox saya eh , kalau taknak inbox saya pun , saya nak awak senyum je , biar saya tak tahu , tapi yang saya tahu , awak tersenyum bila dapat tahu ada orang rindukan awak . Orang kata , kalau nak bercinta , tanya dulu siapa dia , keluarga dia dari mana , kerja ke tidak , boleh tanggung keluarga ke tidak . Tapi ini kata saya , bila nak bercinta , tanya hati awak , untuk berkenalan dengan hati dia :-)




D

Saturday, October 15, 2011